Wednesday, April 8, 2009

Profile Syarikat 1




Latar Belakang Syarikat

JURUKUR KEMBARA adalah sebuah firma Perunding Ukur Tanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Firma ini ditubuhkan pada 14 Ogos 1998 iaitu setelah Haji Wan Deraman bin Zakaria diperakui dan didaftarkan sebagai seorang Juruukur Tanah Yang Dilesenkan Dibawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Disemak 1991).

Dari segi perjalanan dan pengurusan, firma ini adalah lanjutan daripada aktiviti firma ukur Abdullah Taha & Rakan Rakan yang diuruskan oleh Haji Wan Deraman selama enam (6) tahun sebelum tertubuhnya JURUKUR KEMBARA.

JURUKUR KEMBARA adalah sebuah organisasi perunding swasta dalam bidang ukur yang berupaya memberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan. Firma ini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dan terkini bagi melicinkan kerja pengukuran dilapangan mahu pun di pejabat. Dengan peralatan yang mencukupi serta kakitangan yang berpengalaman luas, beribawa dan dedikasi, kami bersedia menerima sebarang tawaran kerja dalam skop perkhidmatan kami dan akan melaksanakannya mengikut etika profesionalisma yang ditetapkan.

Selaras dengan perkembangan pembangunan negara yang menyeluruh di setiap negeri sekarang, JURUKUR KEMBARA telah menubuhkan sebuah cawangan bagi mengurus dan mengendalikan segala operasi dalam perkhidmatan ukur tanah di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Kenyataan Korporat Firma

Menjadikan sebuah firma Ukur dan Pemetaan yang unggul bagi memberi perkhidmatan secara profesional yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan :

Ø Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan mahir, beretika, bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk bertindak secara profesional mengikut keadaan semasa.

Ø Memastikan keperluan prasarana operasi firma sentiasa mencukupi, unggul dan memenuhi keperluan semasa selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat yang sentiasa berubah mengikut aliran masa.


Objektif

Perkhidmatan kami adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan orang perseorangan dalam memaksimakan penggunaan tanah bagi tujuan pemabangunan semula untuk perumahan, perindustrian, pertanian, perlombongan dan sebagainya bersesuaian dengan kategori tanah tersebut.


Perkhidmatan Yang Disediakan

JURUKUR KEMBARA bersedia untuk menawarkan perkhidmatan professional di dalam bidang-bidang berikut :

Kadaster

Ukuran berkaitan aktiviti pengeluaran suratan hakmilik tanah seperti Geran Mukim, Geran Negeri, Pajakan Mukim Negeri dan sebagainya untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman untuk tanah-tanah milik perseorangan, projek perumahan, kawasan perindustrian, agensi kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti ini juga meliputi kerja-kerja ukuran berimilik tanah kerajaan (First Alienation), ukuran kawasan untuk tujuan perindustrian, perumahan, perlombongan dan pertanian serta ukuran kawasan untuk tujuan pewartaan (Gazett)

Hakmilik Strata

Aktiviti pengukuran khusus untuk pengeluaran suratan hakmilik bangunan atau petak-petak bangunan dan eksesori rumah kediaman dan perniagaan bertingkat kepada pemilik individu, syarikat atau pemaju perumahan atau agensi perumahan kerajaan.

Topografi

Perkhidmatan ukuran bertujuan untuk mendapatkan gambaran bentuk rupabumi bagi sesuatu kawasan dalam bentuk kontor atau ‘spot level’ serta maklumat terkini butiran seperti kedudukan bangunan, jalan, sungai, parit, longkang dan sebagainya. Kepentingan ukuran ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembangunan tanah atau pembinaan seperti mengira kuantiti tanah untuk tujuan ‘cut’ and ‘fill’ dan sebagainya.

Perlombongan

Pengukuran bagi tujuan aktiviti perlombongan seperti menentukan kedudukan kawasan yang dijangka mengandungi bijih atau sebagainya. Juga meliputi pembinaan terowong bagi tujuan perlombongan.

Kejuruteraan

Aktiviti pengukuran untuk menentukan kedudukan bagi kerja-kerja kejuruteraan merangkumi ukuran laluan paip baru atau sedia ada laluan ‘transmission line’ baru atau yang sedia ada, pembinaan lebuhraya, jambatan, empangan, tangki air dan sebagainya. Juga melibatkan pengukuran ‘setting-out’ untuk menentukan kedudukan bangunan yang akan dibina termasuk ‘piling point’ dan ‘as-built’.

‘Hidrografi dan Oceanic’

Pengukuran untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan laut atau sungai seperti topografi dasar laut, kedalaman dan kemasinan air, kedudukan sesuatu objek, pengeluaran ‘chart’ untuk kegunaan perkapalan dan maritim, pencarian sumber gas asli, laluan kabel dan paip air, jadual pasang surut air laut dan untuk pembinaan dan memperdalamkan kawasan pelabuhan.

‘Photogrammetric and Remote Sensing’

Aktiviti pengukuran gambar foto udara yang dapat memberi maklumat yang sebenar dan jelas dengan bentuk muka bumi dan ketinggiannya bagi kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Pengukuran ‘Remote Sensing’ digunakan untuk mengetahui keadaan dalaman bawah tanah dengan menggunakan teknologi satelit dan komputer. Ia bertujuan untuk menerbitkan maklumat dalam bentuk peta bagi kegunaan penyelidikan bagi aktiviti perikanan, pertanian (pengurusan sumber), perlombongan, pemeliharaan alam sekitar, perancangan strategik dan sebagainya.

‘Global Positioning System’

Pengukuran yang menggunakan kecanggihan teknologi satelit untuk menentukan kedudukan sesuatu objek secara kordinat berserta ketinggiannya (x,y,z). Penggunaan kaedah ini boleh dilakukan dalam sebarang keadaan cuaca. Kaedah ini digunakan dalam bidang perhutanan, aktiviti perlombongan, kadaster, pengangkutan dan sebagainya.

‘Monitoring Surveying’

Kaedah pengukuran bagi menentukan dan mengetahui perubahan kedudukan sesuatu objek daripada kedudukan asalnya (perubahan arah relatif X dan Y) seperti bangunan bertingkat, menara, empangan, lebuhraya, jambatan dan sebagainya. Ianya dilakukan dari masa ke semasa dalam jangka waktu yang ditetapkan (bulanan atau tahunan) untuk mengetahui perbezaan kedudukannya. Makalumat yang diperolehi adalah penting untuk tindakan membaikpulih atau sebagai amaran keselamatan.

14 comments:

  1. sy pelajar remote sensing dr uitm perlis, nnt sem 6 kami ad latihan industri
    boleh ker kami mohon untk buat practcal remote sensing di syarikat ini?
    harap balas ke emial sy udf4914@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. SALAM.. salam Ejoey, dari JB.. ade kekosongan tak bidang lukis plan tanah, atau pembantu ukur.. sy fresh-graduate diploma ukur tanah.. UiTM arau, perlis... saya miberminat untuk kerja dalam bidang ni.. email sy, souofslam@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam..saya fatin pelajar uitm perlis.boleh saya tahu disini ade buat praktikal utk remote sensing?if ade information psal mana2 agency or organization yg buat prktikal remote sensing area shah alam or klang,pliz emel me
    nymph_fatin2606@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam..saya Haslina..pelajar Geomatika International College..saya sedang mencari tempat praktikal dalam bidang GIS..jika ada sebarang maklumat sila hubungi saya di email ialieyna@yahoo.com atau call no. 013-8538521

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam...saya Shafiee...bekas Hydro/Karto RMN.sedang mencari kerja sebagai pembantu jurukur laut/kartografi...jika ada sebarang maklumat boleh hubungi saya.
    navsav76@yahoo.com
    013 3815788

    ReplyDelete
  7. Salam...saya amira dr polisas (dip.land survey)..kat JK ni ade kje ksong x...plukis plan ke...lau ade please contct sy...0145076250...tq

    ReplyDelete
  8. Sy pelajar GIS uitm perlis,nt sem 6 sy ada latihan industri,boleh x sy mohon utk praktikal di syarikat ni?mohon reply di sini
    murai_enteti@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. salam .. saya student uitm perlis .. saya ada latihan industri , boleh tak saya mohon utk praktikal di syarikat ini ?? mohon replay di adilashilalas@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalam.. saya student uitm perlis saya perlu menjalani latihan industri pada tarikh23/11/2015- 18/3/2015. Sekiranya masih ada kekosongan untuk pelajar praktikal sudilah kiranya encik reply di email skys711673052@gmail.com. Hanisah Mohd Kamal.
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. sy pelajar remote sensing dr uitm perlis, nnt sem 6 kami ad latihan industri
    boleh ker kami mohon untk buat practcal remote sensing di syarikat ini?
    harap balas ke emial amranawg@giatmara.edu.my

    ReplyDelete
  12. muhammad syarifuddin bin sukernoWednesday, July 27, 2016

    salam, saya syarifuddin. saya merupakan pelajar semester 5 dari UiTM Perlis. pada semester hadapan, saya bakal menjalani latihan industri dalam bidang remote sensing. boleh saya tahu adakah pihak tuan/puan menerima pelajar praktikal ? jika ada, sila maklumkan kepada saya di email : pudeng69@gmail.com terima kasih.

    ReplyDelete
  13. salam, saya najwa merupakan pelajar tahun akhir di UMP sedang menjalankan kajian untk projek sarjana muda berkenaan dengan motivasi, bolehkah saya hantar questionnaire untuk dijawab oleh staf?

    ReplyDelete
  14. Jika pihak tuan memerlukan perkhidmatan logistik tuan boleh melayari laman sesawang kami di <a href="https://www.facebook.com/Lori-Sewa-Di-Kuala-Lumpur-Selangor-1021457181342812/>sini</a>

    ReplyDelete